UPM dedah pelajar MRSM Kuala Klawang asas AI melalui Matematik, semarak minat STEM
Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat dan Outreach Akademik Funtastic STEM @ Matematik bersama MRSM Kuala Klawang Negeri Sembilan baru-baru ini bagi memupuk minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu teknologi masa hadapan.