Pelajar UPM lunaskan zakat RM20,000 hasil perniagaan sendiri
Pelajar tahun akhir Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Hafidz Shahril Izwan membuktikan kejayaan dalam perniagaan tidak hanya diukur melalui keuntungan, malah melalui tanggungjawab sosial apabila menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM20,000 pada usia muda.